Jangan kongsi maklumat bank, status kelulusan i-Sinar di media sosial - KWSP | DagangNews Skip to main content

Jangan kongsi maklumat bank, status kelulusan i-Sinar di media sosial - KWSP

KWSP

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak berkongsi sebarang maklumat bank dan status kelulusan i-Sinar di ruangan media sosial.

 

KWSP dalam satu hantaran dan Facebook memberitahu, tindakan tersebut mungkin mengakibatkan orang ramai menjadi mangsa penipuan.

 

"Sentiasalah berwaspada dan jangan 𝘴𝘩𝘢𝘳𝘦 maklumat bank atau status kelulusan i-Sinar anda di media sosial.

 

"Anda mungkin menjadi mangsa penipuan seterusnya! Laporkan sebarang info yang mencurigakan ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000," jelas KWSP hari ini.

 

Sementara itu, dalam halaman Facebook sama, KWSP turut mengumumkan bahawa pejabat KWSP Georgetown akan ditutup buat sementara waktu bermula hari ini hingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

 

KWSP

 

Penutupan itu dibuat susulan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada pengurusan premis untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi. 

 

"Ahli-ahli yang telah membuat janji temu pada hari ini dan dalam tempoh terdekat dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online.

 

"Ahli juga boleh ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan lain yang masih beroperasi seperti biasa atau lakukan transaksi bagi perkhidmatan tertentu secara online melalui i-Akaun.

 

"Amalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19. Utamakan keselamatan kerana ia tanggungjawab kita bersama," ujar KWSP lagi. - DagangNews.com