Jelajah ASEAN Hyundai IONIQ 5 tamat perjalanan rentasi lima negara selama 11 hari | DagangNews Skip to main content

Jelajah ASEAN Hyundai IONIQ 5 tamat perjalanan rentasi lima negara selama 11 hari

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Dis - Hyundai menamatkan perjalanan selama 11 hari merentasi lima negara di Asia, sempena penganjuran Jelajah ASEAN IONIQ 5, baru-baru ini.

 

Jelajah kenderaan elektrik (EV) itu tiba ke destinasi terakhirnya di Ho Chi Minh City, Vietnam, pada 30 November lepas, selepas melalui Singapura, Malaysia, Thailand dan Kemboja.

 

Ia juga menampilkan negara yang paling banyak dikunjungi di Asia Tenggara dengan jumlah perjalanan sejauh 3,197 kilometer (km), peningkatan 446 km daripada pengiraan awal.

 

Selaras dengan objektif awal lawatan, ia menjadi bukti mempamerkan kebolehpercayaan, mesra alam dan keupayaan jarak jauh IONIQ 5, terutamanya dalam pasaran Asia Tenggara, yang mana ramai  masih meragui keupayaan EV. 

 

Sebagai bonus tambahan, IONIQ 5 mempamerkan kecekapan kos luar biasa, dengan jumlah kos hanya AS$116 bagi setiap kereta untuk keseluruhan perjalanan, iaitu kira-kira dua kali ganda lebih penjimatan kos berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

 

Presiden Hyundai Motor ASEAN HQ, Youngtack Lee berkata, dedikasi untuk menjadikan kenderaan elektrik lebih mudah diakses sebagai rumusan mobiliti bersih muktamad untuk hari esok mengambil lonjakan besar ke hadapan. 

 

 

hyundai

 

 

"Menyaksikan kejayaan dan keterujaan yang luar biasa yang dihasilkan oleh Jelajah ASEAN IONIQ 5, kami terdorong untuk memperhebatkan inovasi komprehensif kami bertujuan untuk mengukuhkan infrastruktur dan ekosistem EV di seluruh rantau. Perjalanan mungkin telah berakhir, tetapi keseronokan elektrik baru sahaja bermula," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Jelajah ASEAN IONIQ 5 merupakan inisiatif mobiliti elektrik yang menampilkan sebanyak lima kenderaan, dua dikeluarkan di Indonesia dan tiga di Singapura.

 

 

hyundai

 

 

Ia mendapat kerjasama beberapa peserta dari Persatuan Singapura (AAS), Hyundai Motor, pempengaruh dan pemimpin pendapat utama (KOL) dari Indonesia dan Thailand, bermula di Singapura dengan upacara pelepasan. 

 

 

hyundai

 

 

Di Malaysia, peserta menyertai konvoi media yang menampilkan IONIQ 5 dan IONIQ 6.  - DagangNews.com