Jerasia Capital disenarai sebagai PN17 | DagangNews Skip to main content

Jerasia Capital disenarai sebagai PN17

KUALA LUMPUR 31 Jan - Jerasia Capital Berhad (JERASIA) mencetuskan kriteria yang tertakluk kepada Perenggan 2.1(a) dan 2.1(e) Nota Amalan No. 17 (PN17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities).

 

Dalam kenyataan hari ini, Bursa Securities berkata ia akan terus memantau perkembangan JERASIA berhubung pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

 

"Sehingga 28 Januari 2022, terdapat sejumlah 27 syarikat di bawah PN17 dan GN3 yang mewakili 2.98% daripada jumlah keseluruhan 907 syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Securities," katanya.

 

Pada 28 Januari lalu, Top Builders Capital Bhd turut tersenarai dalam Nota Amalan PN17 ini.

 

Senarai syarikat di bawah PN17 terkini adalah seperti berikut:

1. AIRASIA GROUP BERHAD
2. AIRASIA X BERHAD
3. ASIA MEDIA GROUP BERHAD
4. BARAKAH OFFSHORE PETROLEUM BERHAD
5. BERTAM ALLIANCE BERHAD
6. BRAHIM’S HOLDINGS BERHAD
7. CHINA AUTOMOBILE PARTS HOLDINGS LIMITED
8. COMINTEL CORPORATION BERHAD
9. DAYA MATERIALS BERHAD
10. DOLOMITE CORPORATION BERHAD
11. FSBM HOLDINGS BERHAD
12. IQZAN HOLDING BERHAD (dulunya dikenali sebagai IRE-TEX CORPORATION BERHAD)
13. KHEE SAN BERHAD
14. KONSORTIUM TRANSNASIONAL BERHAD
15. MALAYSIA PACIFIC CORPORATION BERHAD
16. NATIONWIDE EXPRESS HOLDINGS BERHAD
17. PERAK CORPORATION BERHAD
18. SCOMI ENERGY SERVICES BHD
19. SCOMI GROUP BERHAD
20. SEACERA GROUP BERHAD
21. SERBA DINAMIK HOLDINGS BERHAD
22. SUMATEC RESOURCES BERHAD
23. TH HEAVY ENGINEERING BERHAD
24. TOP BUILDERS CAPITAL BERHAD
25. JERASIA CAPITAL BERHAD

 

Senarai syarikat di bawah GN3:-

1. G NEPTUNE BERHAD
2. IDIMENSION CONSOLIDATED BERHAD - DagangNews.com