Jumlah vaksinasi terus meningkat kepada 7.5 juta | DagangNews Skip to main content

Jumlah vaksinasi terus meningkat kepada 7.5 juta

Vaksin COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 29 Jun - Jumlah kumulatif vaksinasi dan pemberian dos vaksin terus meningkat kepada 7.5 juta setakat 28 Jun 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah berkenaan terdiri daripada 5.4 juta pemberian dos pertama dan 2.1 juta melibatkan pemberian dos kedua.

 

.

 

Dengan peningkatan tersebut, peratusan populasi yang telah mendapatkan suntikan dos pertama mencecah 16.7%.

 

Sementara penerima vaksin dos kedua adalah sebanyak 6.5% bagi tempoh sama.

 

Bagi laporan pemberian dos vaksin semalam, sebanyak 197,274 dos berjaya disuntik.

 

15,279 daripada jumlah tersebut melibatkan suntikan dos pertama dan 42,995 lagi adalah pemberian bagi dos kedua.

 

.

 

Peratusan vaksinasi mengikut negeri pula menyaksikan Kuala Lumpur terus mencatatkan jumlah populasi divaksin paling tinggi bagi dos pertama sebanyak 54.0%, sementara 10.0% bagi dos kedua.

 

Sarawak, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing mencatatkan peratusan populasi divaksin sebanyak 35.2%, 33.4% dan 32.6%.

 

Sementara Perlis turut mencatatkan populasi divaksin melebihi 20% iaitu sebanyak 26.2% bagi dos pertama. - DagangNews.com