Kelantan tidak akan disisihkan dalam pembangunan negara, kata PM | DagangNews Skip to main content

Kelantan tidak akan disisihkan dalam pembangunan negara, kata PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Putrajaya, 16 November 2021.

 

 

PUTRAJAYA 16 Nov - Kelantan tidak akan disisihkan dalam kerangka pembangunan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

``Kerajaan komited untuk terus memajukan Kelantan sama seperti negeri lain.

 

``Kerajaan juga 'tidak lupa' dalam isu wang ihsan yang sering dibangkitkan kerajaan Kelantan,'' kata Perdana Menteri.

 

"Seperti yang saya katakan, 'no one will be left behind' (tiada pihak yang akan tertinggal). Kelantan tidak sama sekali akan disisihkan, malah menjadi fokus untuk maju bersama negeri-negeri lain.

 

"Seiring dengan misi untuk membawa seluruh Malaysia ke persada lebih tinggi," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

 

Dalam hantarannya itu, Perdana Menteri berkongsi gambar beliau menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya, hari ini.

 

Yang turut serta dalam kunjungan itu ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

 

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun turut bersama dalam kunjungan hormat itu.

 

Ismail Sabri berkata, antara perkara dibincangkan dalam kunjungan hormat itu adalah pembabitan pelbagai libat urus terutama berkenaan wang ihsan dan pembangunan negeri Kelantan. - DagangNews.com