Keluarga Malaysia diseru beri sokongan kepada pesakit kanser - PM | DagangNews Skip to main content

Keluarga Malaysia diseru beri sokongan kepada pesakit kanser - PM

PUTRAJAYA 4 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru Keluarga Malaysia memberi sokongan pesakit kanser kerana hal itu amat penting untuk mereka terus berjuang melawan kanser.

 

''Saya percaya ramai di antara kita mempunyai saudara mara atau rakan-rakan yang bertarung dengan kanser.

 

''Sokongan Keluarga Malaysia kepada pesakit kanser amat penting untuk mereka terus berjuang melawan kanser.

 

''Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser. Pengesanan awal dapat meningkatkan peluang untuk sembuh,'' kata Perdana Menteri dalam hantaran di facebook rasmi beliau hari ini.

 

Mesej beliau itu adalah bersempena sambutan Hari Kanser Sedunia bertema `Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser' yang diraikan hari ini.

 

Pada 15 Januari lalu, Perdana Menteri melawat Nurshazrina Suryanto di rumahnya di Pangsapuri Megah Villa.

 

Menurut beliau, pelajar tingkatan tiga ini menghidap kanser tulang tahap empat.

 

''Ada pegawai saya menghidap kanser payu dara. Selepas lapan tahun bertarung, dia ‘survive’,'' ujar Ismail Sabri. - DagangNews.com