KUALA LUMPUR 31 Julai - Hong Leong Investment Bank (HLIB) meramalkan kemenangan kontrak tempat letak kereta pintar terkini ITMAX System Bhd di Kulai, Johor akan melonjakkan pendapatannya ke tahap yang lebih baik.
Katanya, projek terbaharu itu merupakan kemenangan kedua kumpulan itu melibatkan rumusan tempat letak kereta pintar selepas menerima kontrak daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada Jun 2024.
Firma penyelidikan itu juga yakin, kumpulan itu akan meluaskan jangkauannya ke semua daerah di negeri itu.
"Kami melancarkan penilaian bagi tahun kewangan 2026 (FY26) bersandar kepada PE (nisbah pendapatan kepada harga) yang lebih tinggi sebanyak 40 kali ganda (daripada 35 kali) di atas min sejarahnya.
ARTIKEL BERAKITAN: ITMAX peroleh kontrak 15 tahun kendalikan tempat letak kereta pintar oleh Majlis Perbandaran Kulai
"Pengiraan itu mengambil kira 40% daripada kadar penggunaan selama 10 jam (8 pagi hingga 6 petang).
“Dengan operasi parkir enam hari untuk 3,900 petak letak kereta pada 60 sen sejam, ini bermakna pendapatan kumpulan adalah sebanyak RM229,000 sebulan yang bersamaan dengan kira-kira RM2.7 juta setahun," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, berasarkan perkongsian hasil sbenayak 70%-30% , kumpulan itu akan memperoleh RM1.9 juta setahun.
Mereka juga turut meningkatkan ramalan FY26 ITMAX sebanyak 11.6% untuk mengambil kira andaian tersebut.
"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran RM4.00 sesaham," katanya.- DagangNews.com