Kempen Hello CBP tawar hadiah utama kereta BMW dan hadiah keseluruhan lebih RM1 juta kepada pelanggan bertuah | DagangNews Skip to main content

Kempen Hello CBP tawar hadiah utama kereta BMW dan hadiah keseluruhan lebih RM1 juta kepada pelanggan bertuah

Pelancaran Hello CBP disempurnakan oleh Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi (empat dari kiri), semalam.

KUALA LUMPUR 2 Mac - Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah utama sebuah kereta BMW 2 Series Coupe 218i kepada pelanggan bertuah menerusi Kempen Hello CBP yang bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2023.

 

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, pelanggan yang melanggan produk seperti Pembiayaan Peribadi Al-Yasser, Pembiayaan Perumahan Al-Amali, Pembiayaan Ar Rahnu, Akaun Simpanan-i Salam dan juga Deposit-i Berjangka sepanjang tempoh itu layak menyertai kempen tersebut.

 

Hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1 juta yang ditawarkan itu adalah tertinggi pernah ditawarkan kepada pelanggan.

 

"CBP amat menghargai segala sokongan diberikan dan kami mengharapkan agar terus mendapat sokongan yang berterusan daripada pelanggan,” katanya pada Majlis Makan Malam CEO CBP bersama Editor dan Ketua Pengarang media di Bangunan AICB, semalam.

 

cbp

 

Menerusi kempen itu, pelanggan bertuah turut berpeluang memenangi hadiah sebuah motosikal BMW GS310 dan 10 pakej percutian.

 

Khairil Anuar berkata, dari Januari hingga kini lebih 5,000 pelanggan baharu telah melanggan produk pembiayaan di bank tersebut dan layak menyertai kempen berkenaan.

 

Katannya, CBP akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan keperluan masyarakat di negara ini.

 

"Tahun ini, kami menyasarkan pertumbuhan aset kepada RM9 bilion. Untuk ke arah itu, kita perlu bergerak lebih agresif dengan penumpuan kepada produk pembiayaan khususnya produk-produk runcit CBP.

 

cbp

 

"Kami juga ada perancangan untuk memperkenal pembiayaan baharu iaitu kepada bisnes-bisnes kecil selain pembiayaan kepada koperasi dan sektor korporat pada tahun ini," katanya.

 

Selain itu katanya, CBP juga sedang memperkukuh sistem dan infrastruktur bank bagi menyediakan perkhidmatan pembiayaan untuk mengembangkan ekonomi.

 

Pada masa sama, beliau berkata, CBP yang mempunyai 29 cawangan di seluruh Malaysia bakal menambah tiga lagi cawangan iaitu Sandakan, Miri dan Kuching pada tahun ini.

 

Katanya, pemilihan lokasi tersebut berdasarkan sambutan menggalakkan diterima di Sabah dan Sarawak selain potensi bisnes yang besar di sana. - DagangNews.com