Kempen 'Home with Mah Sing' tawar pemilikan rumah percuma hingga 4 tahun | DagangNews Skip to main content

Kempen 'Home with Mah Sing' tawar pemilikan rumah percuma hingga 4 tahun

 Pengurusan kanan Mah Sing ketika pelancaran rasmi Kempen ‘Home With Mah Sing’ yang bermula pada 11 Januari 2021.

Pengurusan kanan Mah Sing ketika pelancaran rasmi Kempen ‘Home With Mah Sing’ yang bermula pada 11 Januari 2021.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Syarikat pemaju hartanah, Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) memulakan perjalanan 2021 dengan melancarkan kempen 'Home with Mah Sing' yang membolehkan sesiapa sahaja memiliki rumah tanpa bayaran hingga empat tahun.

 

Kempen yang bermula pada 11 Januari hingga 29 Mac 2021 itu turut menawarkan pelbagai insentif dan penjimatan lain bagi memudahkan urusan pemilikan rumah.

 

Antara insentif lain yang ditawarkan adalah yuran tempahan rendah bermula RM500, percuma duti setem dan yuran guaman.

 

Selain itu, pembeli rumah akan layak mendapat lebih manfaat daripada unit yang mereka pilih apabila menyertai kempen berkenaan kerana ia turut termasuk dalam penyelesaian pembiayaan Maybank Islamic dan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2021.

 

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, kekangan kewangan menjadi penghalang terbesar kepada rakyat Malaysia untuk memiliki rumah khususnya dalam tempoh mencabar berikutan impak COVID-19.

 

"Melihat kepada masalah ini, kami telah melancarkan 'Home with Mah Sing' untuk memberi pilihan kepada pembeli memilih pakej penjualan yang menawarkan tempoh tanpa bayaran hingga empat tahun.

 

"Bergantung kepada projek, tempoh tanpa bayaran ini akan berjalan semasa pembinaan atau semasa VP.

 

"Kami ingin menjadikan pemilikan rumah adalah lebih mudah kepada orang ramai hingga mereka dapat memberi komitmen dalam keadaan yang tenang," jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

 

Kempen tersebut juga disusun meliputi masalah tertentu dalam pemilikan rumah dalam kelangan pelanggan.

 

Kempen tersebut disandarkan kepada tiga masalah utama iaitu kewangan (masalah pembiayaan, aliran tunai, pelangan pelaburan, ketidakpastian (jaminan pekerjaan dan gaji, kemelesetan ekonomi, harga dan penawaran pasaran hartanah) serta produk (kualiti, pakej harga, reputasi dan rekod prestasi).

 

Pembeli rumah yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di pautan https://www.mahsing.com.my/homewithmahsing/.- DagangNews.com