Kempen ‘Stay Safe Bersama Chiki’ temani penggemar makanan ringan | DagangNews Skip to main content

Kempen ‘Stay Safe Bersama Chiki’ temani penggemar makanan ringan

Chiki Balls

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Jenama produk makanan ringan terkenal di Indonesia, Chiki Balls melancarkan kempen ‘Stay Safe Bersama Chiki’ bagi menemani para penggemar makanan ringan sepanjang tempoh norma baharu. 

Pengurus Pemasaran PT Indofood Fritolay Makmur, Harry Wibowo berkata, kempen tersebut dijalankan sejak akhir Ogos 2020 selepas Chiki membuat pelancaran eksklusif produk Chiki Balls 200 gram bersama rakan e-dagangnya iaitu Blibli.

"Ia dijalankan dengan tujuan untuk memastikan Chiki Balls sentiasa menjadi pilihan ramai bagi menemani dan memastikan orang Indonesia sentiasa ‘Stay Safe Bersama Chiki’ sepanjang tempoh norma baharu.

"Kempen ‘Stay Safe Bersama Chiki’ itu juga memberi pengalaman yang luar biasa kepada peminat Chiki Balls di Indonesia dalam setiap lapisan masyarakat daripada kanak-kanak hingga dewasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Chiki Balls

Kempen tersebut juga  menampilkan wajah Chiki Balls yang lebih moden dengan tiga pilihan rasa yang menjadi kegemaran ramai iaitu Crafty Cheese, Cheeky Chicken dan Curious Choco.

Pada Februari lalu, jenama tersebut telah mengeluarkan pek 200 gram bagi memenuhi permintaan pelanggannya.

"Kita dapat lihat kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti harian seperti tugasan harian dan ujian yang boleh menjadikan mereka tepu khususnya dalam tempoh norma baharu ini.

"Dengan kehadiran pek Chiki 200 gram mampu menemani mereka ketika menjalankan aktiviti harian seperti bermain bersama rakan sekali gus menghilangkan kebosanan sepanjang tempoh norma baharu ini," tambahnya.

Sementara itu, Pengurus Jenamanya, Irvan Ferdiansyah berkata, kempen ‘Stay Safe Bersama Chiki’ yang boleh didapati secara dalam talian mampu memberi pengalaman yang berbeza selain dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa dengan lebih selamat. 

"Melalui kempen itu juga, kami harap dapat memberi dorongan kepada masyarakat Indonesia untuk tetap bersemangat melakukan aktiviti walau di mana mereka berada dan pasti menyeronokkan terutamanya dalam tempoh norma baharu ini," tambahnya. 

Chiki Balls adalah jenama makanan ringan di bawah syarikat PT Indofood Frotolay Makmur.- DagangNews.com