Kemudahan peleburan Press Metal Aluminium di Bintulu terbakar, jejas kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 3% | DagangNews Skip to main content

Kemudahan peleburan Press Metal Aluminium di Bintulu terbakar, jejas kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 3%

Press Metal Aluminium Holdings Bhd melaporkan kejadian kebakaran di sebuah kemudahan milik anak syarikatnya Press Metal Bintulu Sdn Bhd. - Gambar/FB Sarawak News
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Sept - Press Metal Aluminium Holdings Bhd melaporkan kejadian kebakaran di sebuah kemudahan pelaburan aluminium milik anak syarikatnya, Press Metal Bintulu Sdn Bhd.

 

Kumpulan itu berkata, kejadian itu berlaku di Peleburan Fasa 3 di Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak sejurus selepas pukul 11 malam tadi dan telah berjaya telah dipadamkan.

 

"Kami bersyukur kerana prosedur pemindahan pantas memastikan tiada sebarang kecederaan atau kematian," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Syarikat itu menganggarkan kejadian itu memberi kesan kepada kira-kira 3% daripada kapasiti peleburan tahunannya.

 

Kebakaran itu menjejaskan 100 daripada 300 pasu di dalam kemudahan pelaburan itu, manakala Fasa 1 dan 2 kekal tidak terjejas.

 

Menurut kumpulan itu, sekitar 9% daripada jumlah kapasiti peleburan, di seluruh Samalaju dan Mukah, terjejas.

 

"Kami menganggarkan ia akan mengambil masa kira-kira empat bulan untuk memulihkan operasi yang rosak dan itu pada asas setahun penuh, ini memberi kesan kira-kira 3% daripada kapasiti peleburan tahunan kami.

 

"Aset yang terjejas dilindungi secukupnya oleh insurans," katanya.

 

Pada pukul 3 petang, harga saham kumpulan itu susut 24 sen atau 5.1% kepada RM4.44 bagi permodalan pasaran RM36.6 bilion.- DagangNews.com