Kenanga Research jangka Genting terus catat pertambahan pengunjung pada 2HFY22 | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research jangka Genting terus catat pertambahan pengunjung pada 2HFY22

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kenanga Research menjangkakan Genting Berhad mengalami peningkatan kehadiran pengunjung pada 2HFY22 selepas ia mula mencatatkan pertambahan seacara perlahan bermula April dan Mei 2022.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu bagaimanapun kekal berhati-hati terhadap trajektori pemulihan memandangkan sempadan antarabangsa sudah dibuka semula apabila lebih ramai pelancong kembali.

 

"Sementara itu, pengembangan Resort World 2.0 dengan pelaburan SG$400 juta (RM1.29 bilion) pada 2022, berjalan dengan baik.

 

"Majlis pecah tanah untuk Minion Land sudah dilaksanakan pada Mei 2022, yang merupakan sebahagian daripada Universal Studios Resort World 2.0, bersama-sama dengan kerja-kerja pengubahsuaian untuk taman tema dan tiga hotelnya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, keputusan kewangan Genting dilihat tidak begitu meyakinkan dengan untung teras 1HFY22 menurun sebanyak 3% dari tahun ke tahun kepada SG$108.7 juta (RM352.72 juta) yang hanya membentuk 32% daripada jangkaan FY22 konsensus, disebabkan faktor lebih lemah.

 

Katanya, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA), pendapatan 1HFY22 sebanyak RM268.7 juta menyumbang 40%/37% daripada ramalan firma itu pada FY22.

 

"Walaupun keputusan 1HFY22 mengecewakan, kami tetap optimis bahawa pendapatan hambar Genting selama dua tahun akan berakhir dan pemulihan akan berlaku seawal 2QFY22 kesan pembukaan semuala sempadan antarabangsa mulai 1 April 2022.

 

"Perkara sama akan memberi manfaat kepada syarikat induk Genting dan kami menetapkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM5.86," katanya. 

 

Bagaimanapun, Genting tetap berhadapan dengan cabaran termasuk gelombang berterusan COVID-19 yang akan mengganggu pegerakan pelancong selain aktiviti di pusat peranginan itu. - DagangNews.com