Keputusan SPM diumum mulai 10 pagi 10 Jun ini | DagangNews Skip to main content

Keputusan SPM diumum mulai 10 pagi 10 Jun ini

PUTRAJAYA 4 Jun - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 (Khamis) mulai pukul 10 pagi.

 

Menurut Kementerian Pendidikan, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

 

i. secara dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh; dan/atau

ii. menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 68886.

 

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga pukul 6.00 petang pada 17 Jun 2021.

 

"Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

 

"Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan," kata kementerian itu. - DagangNews.com