Kerajaan beri tumpuan kepada dasar sokong perniagaan, bank terus bantu PKS dalam isu pembayaran balik - Tengku Zafrul | DagangNews Skip to main content

Kerajaan beri tumpuan kepada dasar sokong perniagaan, bank terus bantu PKS dalam isu pembayaran balik - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR 13 Sept - Keputusan untuk memberikan moratorium atau sebaliknya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) amat bergantung kepada pertimbangan pihak bank sama ada PKS mampu membuat pembayaran balik, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

 

Bagaimanapun, kerajaan boleh menggalakkan dasar yang membantu rakyat, katanya yang turut berharap bank dan Bank Negara Malaysia akan terus menyokong PKS serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang benar-benar menghadapi kesukaran, Bernama melaporkan.

 

 

mof
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

 

 

Beliau berkata, ekonomi Malaysia telah berkembang dengan kukuh setakat ini, antaranya berikutan penggunaan domestik yang meningkat, sektor eksport yang lebih kukuh dan pertumbuhan pinjaman yang lebih baik, justeru, langkah-langkah yang diambil semasa krisis ekonomi akibat pandemik mungkin bukan penyelesaian terbaik pada masa ini. - DagangNews.com