Kerajaan lanjutkan khidmat Azhar sebagai pengerusi FGV | DagangNews Skip to main content

Kerajaan lanjutkan khidmat Azhar sebagai pengerusi FGV


KUALA LUMPUR 24 Julai – Tempoh perkhidmatan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi FGV Holdings Bhd dilanjutkan berkuatkuasa 8 September ini.

Azhar dilantik sebagai pengerusi FGV tiga tahun lalu pada 8 September 2017, bagaimanapun pengumuman di dalam Bursa Malaysia tidak menyatakan berapa lama.

“Lembaga Pengarah FGV sukacita mengumumkan bahawa Minister of Finance (Incorporated), sebagai pemegang saham khas syarikat, telah melanjutkan pelantikan Azhar sebagai pengarah lantikan kerajaan dan pengerusi lembaga pengarah FGV berkuatkuasa 8 September 2020,’’ kata FGV.
 

fgvc


Pada mesyuarat agung tahunan FGV pada bulan lalu, Azhar memberitau pemberita bahawa FGV kekal berharap untuk mencatatkan keputusan positif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, meskipun berdepan suku tahunan yang mencabar dengan segmen perladangannya mencatat kerugian.

FGV juga telah menetapkan sasaran mengurangkan kos sebanyak RM150 juta tahun ini menerusi pengeluaran lebih baik dan kecekapan tenaga buruh, dengan pengarah FGV turut melaksanakan peranan mereka dalam usaha tersebut menerusi pemotongan gaji sebanyak 20% dari Julai hingga Disember 2020. – DagangNews.com