Kerajaan peruntuk RM400 bilion biaya projak sambungan, baharu di bawah RMKe-12 | DagangNews Skip to main content

Kerajaan peruntuk RM400 bilion biaya projak sambungan, baharu di bawah RMKe-12

KUALA LUMPUR 27 Sept - Kerajaan akan memperuntukkan RM400 bilion untuk membiayai projek sambungan dan projek baharu di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau sedar Keluarga Malaysia meletakkan harapan yang tinggi kepada kerajaan, untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi.

 

Menurut beliau, kerajaan banyak menerima cadangan daripada orang ramai, Ahli Parlimen dan kerajaan negeri.

 

``Oleh itu, peruntukan pembangunan kerajaan lebih ditumpukan kepada projek sambungan.

 

''Insya-Allah, kita menjangkakan kedudukan kewangan kerajaan akan bertambah baik pada tahun 2023, apabila ekonomi semakin kukuh,'' kata beliau semasa membentangkan RMKe-12 di Parlimen, hari ini. - DagangNews.com