Kerjasama airasia ride, Trapo sediakan pengalaman perjalanan dengan ciri kebersihan baharu | DagangNews Skip to main content

Kerjasama airasia ride, Trapo sediakan pengalaman perjalanan dengan ciri kebersihan baharu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 2 Dis - Airasia ride bekerjasama dengan jenama Trapo bagi menawarkan pengalaman perjalanan lebih baik dengan ciri-ciri kebersihan baharu untuk penumpang menerusi pemasangan Tikar Kereta Antibakteria Trapo Klasik pada setiap kenderaan.

 

Tikar kereta yang direka dengan teknologi silver ion dari Jepun itu akan menghapuskan 99.9% kuman dan bakteria, di samping mengekalkan ciri-ciri uniknya seperti tahan calar, kalis air dan bebas bau.  

 

Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride, Lim Chiew Shan berkata, pasukannya juga memasang teknologi Nano Pro Coating di dalam setiap kenderaan bagi menghapuskan 99.9% bakteria dan virus sambil menghalang sebarang bau yang tidak menyenangkan di dalam kereta. 

 

"Setiap pemandu juga diberikan Oxtra Handheld Vacuum V2 untuk memudahkan mereka membersihkan kereta dengan lebih kerap.

 

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Trapo bagi menyediakan ciri-ciri hebat kepada penumpang kami selaras dengan DNA airasia iaitu memberikan nilai hebat dan perjalanan paling selamat sama ada dalam penerbangan atau kenderaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

 

Kerjasama antara airasia ride dan Trapo disokong oleh AirAsia Media Group.

 

tikar

 

Ketua AirAsia Media Group, Sean Ter berkata, matlamat mereka adalah untuk menyokong dan menyatukan aset pengiklanan AirAsia seterusnya menjana hasil kepada rakan kongsi pengiklanan mereka.

 

“Untuk kerjasama airasia ride dan Trapo, kami mencipta kempen pelbagai saluran yang membolehkan para penumpang kami menikmati pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan bersih dengan Tikar Kereta Antibakteria Trapo Klasik melalui pilihan Trapo Rides. 

 

"Selain itu, semua pelanggan airasia juga akan menerima 1 BIG Point untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk produk Trapo," katanya. - DagangNews.com