KUALA LUMPUR 28 Mac - Peningkatan ketegangan geopolitik antara Rusia-Ukraine memberi tekanan baharu ke atas harga makanan dan tenaga selain akan meningkatkan kadar inflasi teras sebanyak 1.8% berbanding 1.6% pada bulan Januari.
Hong Leong Investment Bank Berhad berkata, keadaan itu diburukkan dengan gangguan berkaitan bekalan yang berpanjangan, menimbulkan risiko peningkatan kadar Indeks Harga Pengguna (CPI) sebanyak 2.0% pada 2022.
Katanya, kadar inflasi berada pada paras 2.2% pada Februari berbanding 2.3% pada Januari, lebih rendah berbanding jangkaan 2.4% dan CPI berada pada paras terkawal kerana kenaikan minuimum untuk barang makanan dan minuman dan pengankuta yang menimbangi kenaikan harga rumah, utiliti dan bahan api.
"Berdasarkan kepada tahun ke tahun, kadar inflasi meningkat akibat harga makanan dan minuman tidak beralkohol lebih tinggi sebanyak 3.7%, perabot, keperluan rumah dan penyelenggaraan (+3.6%) tetapi diimbangi perkembangan perlahan indeks pengangkutan (+3.9%).
"Kami juga mengekalkan jangkaan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan meningkat sebanyak 25 mata asas pada 4Q22," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, kadar inflasi teras yang diujurkan Jabatan Perangkaan meningkat kerana kenaikan harga untuk pengangkutan (+3.5%), makanan dan minuman tidak beralkohol (+3.5%), perabot, keperluan rumah dan penyelenggaraan (+3.2%), restoran dan hotel (+2.6%) serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (+1.6%).
Katanya, inflasi barang makanan meningkat sebanyak 3.7% kerana peningkatan kos import (+3.6%) dan perkembangan stabil untuk hasil tempatan (+4.1%)
"Kenaikan harga makanan haiwan dan isu bekalan telah memberi tekanan ke atas barangan makanan seperti daging. Susu, keju dan telur juga mencatatkan kenaikan harga (+5.1%) selain nasi, roti dan bijirin (+2.1%).
"Bagaimanapun, sayuran dan ikan serta hasil laut menunjukkan peningkatan sederhana. Secara keseluruhannya, inflasi makannan di seluruh dunia meningkat sebanyak 20.7%," katanya. - DagangNews.com