Keuntungan Q4 Leon Fuat melonjak 61.8% kepada RM29 juta | DagangNews Skip to main content

Keuntungan Q4 Leon Fuat melonjak 61.8% kepada RM29 juta

Prestasi kewangan disokong oleh perolehan lebih besar margin keuntungan bersih lebih baik dipacu oleh purata jualan lebih tinggi.

SHAH ALAM 25 Feb – Leon Fuat Berhad, pengilang dan pedagang produk keluli, mengkhusus di dalam produk rata dan panjang bergulung hari ini mengumumkan keputusan kewangan Kumpulan bagi suku tahunan keempat berakhir 31 Disember 2021  (4QFY2021) iaitu pertumbuhan sebanyak 61.8% di dalam keuntungan selepas cukai (PAT) kepada RM29.09 juta berbanding RM17.98 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya (4QFY2020).

 

Kumpulan syarikat sukacita menyatakan bahawa untuk suku tahunan yang dikaji, perolehan meningkat sebanyak 27.8% kepada RM254.21 juta berbanding RM198.96 juta pada Q4FY2020 manakala keuntungan sebelum cukai (PBT) mencatat pertambahan sebanyak 106.5% kepada RM38.61 juta berbanding RM18.70 juta.

 

Dari segi segmen, perolehan daripada dagangan produk keluli mencatatkan pertambahan sebanyak 26.5% kepada RM81.95 juta sementara perolehan daripada pemprosesan produk keluli mencatatkan kenaikan 28.4% kepada RM172.18 juta.

 

Sumbangan segmen dagangan kepada perolehan adalah 32.2% pada Q4FY2021 berbanding 32.6% bagi tempoh sama pada FY2020 manakala sumbangan segmen pemprosesan adalah 67.7% berbanding 67.4% pada Q4FY2020.

 

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY2021), PAT tumbuh 377.6% kepada RM135.98 juta berbanding RM28.47 juta dalam tempoh sama tahun kewangan sebelumnya.

 

PBT bertambah 418.1% kepada RM172.85 juta berbanding RM33.36 juta sementara perolehan meraih 50.4% kepada RM886.58 juta berbanding RM589.58 juta yang dicatat pada FY2020.

 

Pengarah Eksekutif Leon Fuat, Calvin Ooi Shang How berkata, prestasi kewangan Kumpulan bagi suku tahunan yang dikaji disokong oleh perolehan lebih besar margin keuntungan bersih lebih baik dipacu oleh purata jualan lebih tinggi di dalam kedua-dua dagangan dan pemprosesan produk keluli.


 

Calvin Ooi Shang How
                                                      Calvin Ooi Shang How

 


Bagi tempoh kewangan secara keseluruhan, perolehan juga disokong oleh purata keseluruhan harga jualan yang lebih tinggi, menghasilkan keseluruhan margin keuntungan kasar keseluruhan yang lebih baik.’

 

“Kami kekal berwaspada bagi 2022 terhadap risiko buruk daripada kelembapan pertumbuhan ekonomi ketika COVID-19 terus merebak di seluruh dunia, menenggelamkan sokongan polisi dan bekalan yang tersekat secara berterusan.

 

‘’Sementara ekonomi Malaysia dijangka tumbuh sebanyak 5.5% hingga 6.5% dipacu oleh permintaan luar yang berterusan dan perbelanjaan sektor swasta, kami menyatakan kebimbangan terhadap varian baharu virus, inflasi dan tekanan kewangan yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi’’.

 

“Kami akan terus memantau pergerakan harga keluli kerana kami menjangkakan kemeruapan harga komoditi disebabkan faktor-faktor global.

 

‘’Pemantauan kami juga akan berterusan terhadap mata wang asing sementara merunding kontrak hadapan di mana yang perlu dan mengadakan pengurusan inventori yang cermat.

 

Kumpulan syarikat, kata beliau akan terus secara aktif menangani kebimbangan terhadap COVID-19 dengan mematuhi ketat prosedur operasi standard dan menyediakan pasukan tindakan kecemasan di tiga subsidiari utamanya. – DagangNews.com