Keuntungan UOA menyusut 43% kepada RM222.45 juta untuk FY2021 akibat rosot nilai aset | DagangNews Skip to main content

Keuntungan UOA menyusut 43% kepada RM222.45 juta untuk FY2021 akibat rosot nilai aset

KUALA LUMPUR 24 Feb - Keuntungan UOA Development Berhad menyusut sebanyak 43% kepada RM222.45 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY2021) berbanding RM391.29 juta pada FY2020 akibat kerugian rosot nilai untuk aset kewangan dan bukan kewangan.

 

Pemaju hartanah itu berkata, keuntungan kumpulan itu juga menyusut kepada RM547.48 juta daripada RM844.60 juta sebelum ini.

 

Bagi Q4FY2021, UOA mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu sebanyak RM98.86 juta berbanding RM34.96 juta terutamanya disebabkan oleh pengiktirafan progresif yang lebih tinggi dan pelarasan nilai ke atas hartanah pelaburan sebanyak RM92.4 juta.

 

"Pendapatan untuk suku tahun juga menyusut kepada RM136.45 juta berbanding RM194.11 juta akibat jualan yang rendah daripada projek sedia ada," katanya dalam sau kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Jumlah jualan hartanah untuk tempoh berakhir 31 Disember 2021 berjumlah RM341.2 juta dan ia disumbangkan oleh Goodwood Residence, Sentul Point Suite Apartments, United Point Residence, and Aster Green Residence.

 

Jualan yang tidak direkodkan sehingga 31 Disember 2021 berjumlah hampir RM92.5 juta.

 

UOA akan terus berusaha untuk mencari kerjasama strategik untuk membangunkan sesebuah kawasan yang menepati objektif kumpulan itu. - DagangNews.com