Keyfield terima kontrak RM34.6 juta bekal bot kerja penginapan kepada Vestigo | DagangNews Skip to main content

Keyfield terima kontrak RM34.6 juta bekal bot kerja penginapan kepada Vestigo

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Keyfield International Bhd menerusi Keyfield Offshore Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM34.6 juta daripada Vestigo bagi membekalkan bot kerja penginapan (AWB) kepada Vestigo bagi aktiviti luar pesisir.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu bermula pada Ogos 2024 untuk tempoh piagam utama dengan tempoh lanjutan bernilai kira-kira RM13.4 juta.

 

"Berdasarkan kepada kontrak itu, kumpulan itu perlu menyediakan satu unit AWB bersama krew dan perkhdimatan atas kapal bagi melaksanakan skop kerja yang dipersetujui bagi memenuhi keperluan penyewa," katanya.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Keyfield bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

 

Kontrak itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham kumpulan.

 

"Penerimaan dan pelaksanaan kontrak itu tertakluk kepada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan operasi perniagaan, yang secara aktif akan dikurangkan menerusi pelbagai prosedur kawalan dalaman," katanya.

 

Kontrak itu tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham syarikat mahupun mana-mana pihak berkuasa kawal selia.- DagangNews.com