KFC perkenal Golden Egg Crunch, Broccoli Cheese Balls | DagangNews Skip to main content

KFC perkenal Golden Egg Crunch, Broccoli Cheese Balls

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 17 Jan - KFC Malaysia memperkenalkan menu kegemaran ramai, KFC Golden Egg Crunch dan menu sampingan, KFC Broccoli Cheese Balls yang didatangkan bersama KFC Celebration Bucket sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

 

KFC Golden Egg Crunch boleh dinikmati dengan baunya yang unik beraromatik, teksturnya yang rangup, dan paduan rasanya yang pedas, manis, dan cukup menyelerakan.

 

KFC Broccoli Cheese Balls pula merupakan bebola emas yang rangup di luar dengan kejutan tekstur yang tidak disangka di mana kuntuman brokoli segar disalut dengan keju lembut dan cair di dalam. 

 

Ketua Pegawai Pemasarannya, Chan May Ling berkata, setiap saat dalam sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini adalah saat yang amat dihargai dengan penyatuan kembali keluarga dan rakan-rakan setelah berpisah sekian lama.

 

“Melalui penawaran menu emas dari kami, kami berharap ianya membawakan lebih banyak saat emas kepada anda dan mereka yang tersayang," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 

kfc

 

 

Dilancarkan hari ini di restoran KFC seluruh negara, KFC Golden Egg Crunch boleh didapati melalui beberapa pilihan, kombo 2-ketul, kombo 3-ketul dan Box Meal yang turut dihidang bersama KFC Golden Egg Burger yang baru dilancarkan.

 

 

kfc

 

 

 

kfc

 

 

Selain itu, KFC Celebration Bucket yang dihidangkan bersama Broccoli Cheese Balls boleh didapati dalam set kombo lima ketul, kombo sembilan ketul dan kombo 15 ketul serta KFC Broccoli Cheese Balls turut boleh didapati secara A la Carte. - DagangNews.com