KFC perkenal menu masa terhad Ayam Pedas Nyonya bermula esok | DagangNews Skip to main content

KFC perkenal menu masa terhad Ayam Pedas Nyonya bermula esok

 

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 29 Nov - Rangkaian makanan segera terkemuka negara KFC, melancarkan menu waktu terhad terbaharu iaitu KFC Ayam Pedas Nyonya bagi meraikan budaya Peranakan pada era kolonial bermula esok di seluruh negara.

 

KFC Ayam Pedas Nyonya sudah pasti akan memberikan rasa yang luar biasa selepas menampilkan bahan masakan penting dalam masakan Nyonya seperti bunga kantan, serai, limau purut dan bawang merah. 

 

“Masakan Peranakan terhasil daripada inovasi dan adaptasi - prinsip yang turut KFC amalkan. 

 

"Menu inovatif terbaharu kami, KFC Ayam Pedas Nyonya diinspirasikan daripada makanan Nyonya yang terkenal dengan penyediaan masakannya yang begitu rumit, teliti, dan penuh seni. 

 

"Sebagai sebuah jenama yang diinspirasikan daripada rakyat Malaysia, dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia, kami sudah lama mahu mengetengahkan masakan unik Nyonya dan kami percaya olahan kami ini tidak akan mengecewakan anda,” kata Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling dalam satu kenyataan.

 

KFC Ayam Pedas Nyonya akan disediakan dalam tiga pilihan termasuk Kombo 2-ketul, Kombo 3-ketul, dan Box Meal pada harga bermula RM15.99.
 

kfc

 

kfc2

 

Orang ramai boleh mendapatkannya di mana-mana cawangan atau menggunakan perkhidmatan, KFC Delivery dan pandu ambil-Dagangnews.com