KFC, Pizza Hut boleh ditempah menerusi GrabFood | DagangNews Skip to main content

KFC, Pizza Hut boleh ditempah menerusi GrabFood

KUALA LUMPUR 23 Okt. - QSR Brands (M) Holdings Bhd, peneraju jenama rangkaian makanan terbesar di rantau ini yang mengendalikan KFC dan Pizza Hut Malaysia, mengumumkan kerjasama dengan GrabFood - peneraju servis penghantaran makanan yang sedang berkembang pesat di Malaysia, untuk menawarkan lebih ketersediaan kepada para pelanggan dari seluruh negara untuk menikmati makanan kegemaran mereka.

 

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri baru-baru ini, lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk terus duduk di rumah, justeru permintaan terhadap servis penghantaran semakin meningkat.

 

Kolaborasi antara GrabFood dan QSR Brands bersesuaian dengan situasi terkini dan ia mengembangkan lagi titik akses para pelanggan untuk mendapatkan sajian KFC dan Pizza Hut kegemaran mereka tanpa perlu keluar rumah.

 

Kerjasama ini dijangka akan menjana pertumbuhan pendapatan dan menyokong strategi utamakan-pelanggan QSR Brands melalui perluasan saluran dan ketersediaan yang lebih baik. Kini, 870 restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh negara telah tersenarai di aplikasi GrabGood.

 

Bersama-sama dengan servis penghantaran milik KFC dan Pizza Hut serta kerjasama langsungan dengan foodpanda, rangkaian penghantaran KFC dan Pizza Hut dijangka akan terus diperluaskan kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

“KFC dan Pizza Hut adalah jenama kegemaran rakyat Malaysia dan adalah misi kami untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan untuk menikmati makanan kami dalam apa jua keadaan.

"Dalam norma baharu kini, kami ingin memastikan para pelanggan sentiasa berasa yakin dan selesa untuk menjamu hidangan kami sama ada melalui khidmat makan-dikedai, bawa-pulang makanan mereka, atau penghantaran terus ke rumah. Kami komited untuk menawarkan lebih pilihan kepada para pelanggan untuk menikmati juadah KFC dan Pizza Hut,” kata Nehchal Khanna, Pengarah Urusan QSR Brands.

 

“Industri penghantaran makanan telah berkembang pesat sejak beberapa tahun ini dan servis ini makin meningkat 10 bulan yang lalu, kesan daripada pandemik COVID-19.

Kami amat berbesar hati dengan kerjasama ini yang menggabungkan dua jenama makanan terkenal di Malaysia – KFC dan Pizza Hut. Diharapkan melalui kerjasama ini, perkhidmatan penghantaran KFC dan Pizza Hut dapat diperkembangkan lagi,” kata Sean Goh, Pengarah Urusan Grab Malaysia.

 

Bagi mereka yang tercari-cari hidangan “Parti untuk Satu” di rumah, KFC telah mengembalikan The One Box - 6 sajian signature KFC dalam satu hidangan, buat kali kedua tahun ini! Terdapat dua variasi The One Box; Cheezy Popcorn Bowl baharu dan Cheezy Wedges klasik.

 

The One Box mengandungi ayam goreng KFC, Zinger Klasik, Coleslaw, Whipped Potato, dan Sjora Mangga Ria. Ianya dicipta khas bagi mereka yang menginginkan kepelbagaian dalam hidangan KFC untuk dinikmati atau dikongsi bersama yang tersayang.

 

Pizza Hut pula menawarkan promosi ‘Taste the World’ di GrabFood di mana para pelanggan boleh menikmati diskaun 20% + 30% untuk produk terpilih. Diskaun 20% ini ditawarkan untuk Piza termasuk Hawaiian Chicken, Beef Pepperoni, Super Supreme, Hawaiian Supreme dan juga Creamy Carbonara Spaghetti dan Spicy Chicken Arrabiata Spaghetti.

 

Sebagai tambahan, diskaun 30% turut ditawarkan untuk seluruh produk Pizza Hut dengan menggunakan kod promo GrabFood: PASSPORT. Promosi ini sedang berlangsung dan akan tamat pada 1 November 2020. Pesan KFC dan Pizza Hut melalui aplikasi Grab hari ini dan dapatkan makanan kegemaran anda dihantar tanpa-sentuh terus ke rumah anda. - DagangNews.com