PUTRAJAYA 21 Feb - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes SPRM.
Individu pertama, Khor Jun Han @ Kevin, 32, mempunyai alamat terakhir di No. 15, Jalan74/26, Taman Sri Rampai, Setapak, 63300 Kuala Lumpur.
Sementara itu, individu kedua, Muhammad Nizamuddin Mohc Iskandar, 20, pula mempunyai alamat terakhir di No 3-2B, Jalan Desa 9/2, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, PPs Ahmad Nuri Muda di talian 017-2047355 atau 03-5525 6500. - DagangNews.com