Kios Kedai TNB Beroperasi Sehingga 8 Malam | DagangNews Skip to main content

Kios Kedai TNB Beroperasi Sehingga 8 Malam

Oleh YEO LI SHIAN
editor@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Sepanjang tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 27 Oktober ini, semua kios layan diri Kedai Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan PKPB akan beroperasi mengikut jadual waktu baharu.

Menurut TNB, kios-kios Kedai TNB di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya hanya akan beroperasi dari pukul 8.15 pagi sehingga 8 malam.

“Bagi memudahkan urusan orang ramai, waktu operasi Kedai TNB di kawasan PKPB masih kekal iaitu dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas TNB, sepanjang tempoh PKPB ini, pengguna juga digalakkan untuk memanfaatkan  portal TNB dan aplikasi myTNB bagi mengurangkan keperluan melakukan transaksi secara bersemuka.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi myTNB menerusi Google Play, Apple App dan Huawei AppGallery.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi perkhidmatan pelanggan TNB di talian 1-300-88-5454 atau emelkan terus ke tnbcareline@tnb.com.my. – DagangNews.com