KUALA LUMPUR 30 Sept. - Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, berbeza dengan pasaran saham Asia lain yang menunjukkan sedikit penurunan.
Setakat 9.15 pagi, KLCI naik 5.14 mata atau 0.34% mencecah paras 1,509.04.
Bagaimanapun, Rakuten Trade Research berkata, KLCI dijangka kekal lemah walaupun minat membeli meningkat semula terhadap saham berkaitan pandemik COVID-19.
“Oleh itu, kami menjangkakan indeks itu kekal di atas paras 1,500 dengan kemungkinan menembusi paras 1,510 hari ini,” kata analisis pasaran saham harian Rakuten Trade.
Pasaran Asia dibuka sedikit rendah disebabkan para pelabur menunggu data dari China berhubung maklumat pemulihan terkini di negara berkenaan.
Saham Amerika Syarikat pula menyaksikan jumlah ekuiti yang rendah.
Menurut Bloomberg, saham di Jepun dan Australia dibuka rendah, manakala niaga hadapan S&P 500 kukuh menjelang perbahasan presiden AS pertama.
Semalam, indeks berkenaan menurun 0.5% dengan lebih daripada dua saham menurun untuk setiap saham yang maju ketika perbincangan mengenai pengembangan bantuan berakhir dengan rancangan untuk meneruskan perbincangan pada hari hari ini.
Minyak terus menurun kepada AS$39 bagi satu tong di AS.
Pasaran saham China pula akan ditutup selama seminggu bermula esok kerana cuti umum dan Korea Selatan ditutup hari ini.
Jumlah dagangan ekuiti A.S. menurun semalam menjelang perbahasan antara Presiden Donald Trump dan Joe Biden dari parti Demokrat.
Dalam pada itu, hari ini juga menandakan hari terakhir dagangan bagi September dan suku ketiga tahun ini, jadi pengimbangan semula portfolio juga dapat menjejaskan pergerakan pasaran.
Memandangkan kadar kematian global akibat COVID-19 melepasi 1 juta, para pelabur meletakkan harapan ke atas cadangan AS$2.2 trilion rangsangan oleh Parti Demokrat untuk membantu menyokong pertumbuhan ekonomi. - DagangNews.com