KLCI ditutup tinggi, ringgit susut | DagangNews Skip to main content

KLCI ditutup tinggi, ringgit susut

 

 

KUALA LUMPUR 28 April - Pasaran tempatan menokok 1.82 mata kepada 1,608.50 mata ketika ditutup petang ini setelah indeks utama FBM KLCI memulakan dagangan pagi di bawah paras 1,600 mata.

 

Bagaimanapun, keseluruhan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung pada 586 berbanding 457 manakala 438 kaunter tidak berubah. 

 

Jumlah dagangan sebanyak 6.59 bilion bernilai RM3.86 bilion, lebih rendah berbanding semalam sebanyak 7.07 bilion saham diniagakan bernilai RM5.02 bilion. 

 

Kebimbangan masih membelenggu pasaran ekoran peningkatan jangkitan COVID-19 menjejaskan sentimen. 

 

Dalam masa sama, pelabur juga menanti hasil mesyuarat Rizab Persekutuan AS, yang akan menentukan hala tuju dasar monetari akan datang. 

 

Menurut Reuters, mata wang Asia lemah dalam dagangan hari ini berikutan kenaikan hasil perbendaharaan AS, mengambil beberapa aset berisiko. 

 

Petang ini, ringgit ditutup pada RM4.0990/1030 berbanding dolar AS, lebih rendah daripada penutupan semalam, RM4.0960/0990. - DagangNews.com