KLCI ‘meroket’, mampu cecah 1,700? | DagangNews Skip to main content

KLCI ‘meroket’, mampu cecah 1,700?

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]


 

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Pasaran saham tempatan mencecah paras tertinggi hari ini sekali gus mencetuskan keyakinan untuk indeks itu melepasi paras 1,700 pula. 


 

Setakat 9 pagi, FBM KLCI menokok 8.79 mata atau 0.54% mencecah 1,640.49 daripada paras ditutup semalam, 1631.70.

 

Rakuten Trade Research menjangkakan sentimen kenaikan harga secara menyeluruh akan meluas.

 

Dalam masa sama, saham berkaitan vaksin COVID-19 yang menyaksikan penurunan semalam mungkin ‘diburu’ oleh pelabur kerana harga yang murah.

 

“Keputusan Top Glove yang dijangka hari ini juga mungkin menyaksikan beberapa minat dalam saham sarung tangan bersama-sama saham penjagaan kesihatan berkaitan peralatan perlindungan diri,” kata Rakuten Trade dalam nota kajian pasarannya. 

 

Sebelum ini, CGS-CIMB menjangkakan KLCI bakal ditutup pada paras 1,628 menjelang penghujung tahun ini. 

 

Menjelang penghujung tahun hadapan, unjuran asas KLCI dijangka mencecah 1,770, menurut ramalan Rakuten Trade. 

 

Di pasaran global, Amerika Syarikat  (AS) meneruskan trend menaiknya dengan S&P memecah rekod baharu. 

 

Ini didorong oleh harapan pakej rangsangan dengan Dow Jones dan Nasdaq masing-masing menyaksikan lonjakan walaupun kes COVID-19 meningkat. 

 

Bagaimanapun, jelas Rakuten Trade, perkembangan positif vaksin AstraZeneca memberi harapan kepada pasaran. 

 

Dalam ada itu, pasaran serantau pula bersedia untuk melonjak lebih tinggi hari ini apabila niaga hadapan AS terus mencatatkan peningkatan berdasarkan keyakinan pemulihan global. - DagangNews.com