Kontrak baharu Uzma tingkatkan buku pesanan kepada RM2.8 bilion, kata Phillip Capital | DagangNews Skip to main content

Kontrak baharu Uzma tingkatkan buku pesanan kepada RM2.8 bilion, kata Phillip Capital

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Phillip Capital menjangkakan kontrak baharu Uzma Bhd akan meningkatkan kadar buku pesanannya sebanyak RM2.8 bilion dan memberi keterlihatan pendapatan yang kukuh dalam tempoh tiga tahun akan datang.

 

Katanya, walaupun tiada nilai rasmi didedahkan ketika kumpulan itu meraih kontrak baharu, namun ia dianggarkan bernilai kira-kira RM20 juta dan ini membayangkan nilai RM3 juta bagi setiap telaga.

 

Firma penyelidikan itu berkata, tempoh kontrak tidak dinyatakan kerana ia bergantung kepada masa yang diperlukan bagi menyiapkan setiap telaga, ia berbeza-beza berdasarkan kerumitan struktur telaga.

 

"Andaikan Uzma melengkapkan enam telaga pada FY25 dengan keuntungan gabungan kumpulan selepas cukai dan margin faedah minoriti sebanyak 8% hingga 9%.

 

"Kami menganggarkan kontrak ini menyumbang kira-kira RM2 juta keuntungan bersih," katanya dalam atu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Uzma terima kontrak penyediaan Perkhidmatan Unit Pekerjaan Hidraulik daripada PTTEP Sarawak

 

Phillip Capital berkata, empat daripada lapan unit kerja hidraulik akan beroperasi dengan kemenangan kontrak ini.

 

Katanya, termasuk kontrak itu, kemenangan kontrak kumulatif tahun sehingga kini berjumlah kira-kira RM730 juta.

 

Firma penyelidikan itu bagaimanapun tidak membuat perubahan pada unjuran pendapatannya dan menjangkakan momentum kuat dalam aliran kontrak akan berterusan pada separuh kedua 2024, disokong oleh peningkatan aktiviti brownfield domestik dan buku tender RM3.6 bilion.

 

"Kami mengekalkan aranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.78 sesaham," katanya.- DagangNews.com