Kontrak Ng Hooi Kai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kawan Food tamat | DagangNews Skip to main content

Kontrak Ng Hooi Kai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kawan Food tamat

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kontrak Ng Hooi Kai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kawan Food Bhd telah tamat, justeru jawatan tersebut belum ada pengganti mulai 2 Ogos 2023.

 

 

Ng Hooi Kai
Ng Hooi Kai

 

 

Syarikat pengeluar makanan sejuk beku tempatan itu mengumumkan perkara berkenaan dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

 

Hooi Kai, 61, telah memulakan peranannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan pada 1 Januari 2021.

 

Beliau mempunyai kepentingan langsung sebanyak 0.019% atau 72,000 saham dalam kumpulan itu.

 

Pada waktu penulisan, saham Kawan Food turun 3 sen atau 1.7% kepada RM1.79 dengan permodalan pasarannya bernilai RM649 juta. - DagangNews.com