Koperasi Tentera agih bayaran zakat, sumbangan veteran ATM sebanyak RM422,000 | DagangNews Skip to main content

Koperasi Tentera agih bayaran zakat, sumbangan veteran ATM sebanyak RM422,000

Mohamed Khaled menerima replika cek sumbangan daripada Roba’i pada majlis ringkas di Kementerian Pertahanan.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 8 Feb - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) menunaikan kewajipan membayar zakat perniagaan sebanyak RM172,000.00 kepada Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

Zakat perniagaan tersebut bagi tahun kewangan 2022.

 

Pengerusi Koperasi Tentera, Mejar Jeneral Roba’i Rahmat berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk merealisasikan inisiatif madani Kementerian Pertahanan menyantuni kebajikan veteran ATM.

 

"Diharapkan lebih banyak organisasi serta entiti korporat lain dapat turut sama membantu dalam memberikan sumbangan kebajikan kepada anggota tentera khususnya warga veteran. 

 

“Bantuan seperti ini mampu memberikan suntikan moral serta dapat meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan pesara tentera yang memerlukan.” ujarnya.

 

Koperasi

 

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis penyerahan replika cek sumbangan ini kepada Menteri Pertahanan merangkap Penaung Koperasi Tentera, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di Kementerian Pertahanan.

 

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Mohamad Khairul Anuar Mohamed dan Ketua Pegawai Pengedaran Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Yassir Azlin Abdul Ghafar.

 

Pada majlis yang sama, Koperasi Tentera dengan kerjasama Syarikat Takaful Malaysia Berhad turut menyalurkan sumbangan kebajikan berjumlah RM250,000 kepada anggota veteran serta keluarga 

 

Melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat ini ia dapat memanfaatkan 500 orang golongan asnaf veteran pelbagai negeri.  - DagangNews.com