Kos penghasilan MSM IOI Corporation dijangka meningkat akibat kenaikan harga baja | DagangNews Skip to main content

Kos penghasilan MSM IOI Corporation dijangka meningkat akibat kenaikan harga baja

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Jan - AmInvestment Bank Research menjangkakan kos penghasilan miyak sawit mentah (MSM) IOI Corporation meningkat antara RM1,750 ke RM1,800 setan pada tahun kewangan 2022 (FY22E) berbanding RM1,700 setan pada tahun 2021 (FY21).

 

Firma penyelidikan itu menjelaskan bahawa kenaikan itu berpunca daripada peningkatan kos baja dan akan menyebabkan penurunan pengeluaran.

 

"Kami menjangkakan kos baja IOI akan meningkat sebanyak 15% ke 20% pada FY22E namun kenaikan harga isirung dan ia mampu menampung kenaikan kos baja berkenaan.

 

"Kami melihat kos pengeluaran atau perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) sebanyak 8% kepada RM298.7juta pada FY22E ekoran peningkatan harga jualan dan jumlah penjualan.

 

"Bagaimanapun dari segi margin, kami jangka EBIT IOI akan berada pada kadar rata 2.5% pada FY22E dengan harga barang mentah dijangka meningkat lebih daripada harga jualan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Pada masa sama, IOI tidak terjejas dengan bencana banjir yang melanda kecuali dua ladang di Pahang berkeluasan 4,000 hektar dan ia memerlukan masa dua hari untuk air di kawasan itu surut sepenuhnya.

 

Bagaimanapun, ladang minyak kelapa sawit kumpulan itu di Sabah dan Johor tidak terjejas sama sekali.

 

IOI juga sudah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan beberapa ribu pekerja asing pada tahun ini dan kehadiran pekerja itu mampu mengurangkan kekurangan pekerja ladang sebanyak 20%.

 

"Dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing pada masa akang datang, IOI merancang menggunakan jentera bagi pengumpulan tandan segar di semua ladang menjelang tahun 2027 (2027F).

 

"Buat masa sekarang hanya 50% ladang IOI menggunakan jentera bagi tujuan itu," katanya.

 

AmInvest mengekalkan saran 'pegang' untuk saham-sahan IOI Corporation kekal pada harga RM3.95 sesaham dengan penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) tiga bintang untuk mereka.

 

Firma itu juga menaikkan jumlah keuntungan bersih IOI kepada 15.1% untuk cukai lebih rendah iaitu 25% berbanding 31% sebelum ini dan mereka dijangka terkesan dengan cukai makmur di Malaysia selaian cukai ke atas pendapatan sumber asing. - DagangNews.com