KPMG letak jawatan sebagai juruaudit BDB, empat bulan selepas pelantikan semula | DagangNews Skip to main content

KPMG letak jawatan sebagai juruaudit BDB, empat bulan selepas pelantikan semula

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 13 Sept - Bina Darulaman Bhd (BDB) mengumumkan peletakan jawatan Tetuan KPMG PLT sebagai juruaudit luarnya.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, BDB berkata,  ia telah menerima notis bertulis bertarikh 9 Sept 2024 daripada KPMG mengenai peletakan jawatannya, menurut Seksyen 281 Akta Syarikat 2016.

 

KPMG telah dilantik semula sebagai juruaudit BDBpada mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-29 Kumpulan itu pada 30 Mei 2024.

 

BDB menjelaskan, peletakan jawatan mereka merupakan persetujuan bersama bagi membolehkan syarikat mendapat manfaat daripada perspektif dan pandangan baharu firma audit lain.

 

Dalam makluman yang sama, BDB berkata, lembaganya telah meluluskan pelantikan Tetuan BDO PLT sebagai juruauditnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY2024). - DagangNews.com