Kumpulan Sin Hock Soon, Scania jalinkan perkongsian mampan bagi memodenkan perkhidmatan logistik | DagangNews Skip to main content

Kumpulan Sin Hock Soon, Scania jalinkan perkongsian mampan bagi memodenkan perkhidmatan logistik

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Mei - Kumpulan Sin Hock Soon menerusi anak syarikatnya, Benua Haulage Sdn. Bhd. menjalinkan perkongsian mampan bersama Scania dalam usaha memodenkan perkhidmatan logistik mereka selaras dengan perkembangan semasa.

 

Perkongsian itu merangkumi penyelesaian pengangkutan komprehensif yang terdiri daripada Scania New Truck Generation (NTG) yang dibiayai oleh Scania Credit, dilindungi oleh Scania Repair and Maintenance Agreement (IPR&M), dan dipantau oleh sistem Scania Fleet Management Control. 

 

Menerusi perkongsian itu, terdapat perjanjian yang membolehkan kumpulan itu mendapatkan bekalan alat ganti tulen Scania dalam perkhidmatan sedia ada.

 

Pengarah Urusan, Scania Asia Tenggara, Heba El Tarifi mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Sin Hock Soon kerana berada di barisan hadapan dalam memacu peralihan ke arah sistem pengangkutan yang mampan. 

 

"Penekanan mereka terhadap keselamatan, masa beroperasi dan perkhidmatan berkualiti sesuai dengan syarikat yang benar-benar moden dengan jenama premium. 

 

"Menerusi pendekatan Scania Total Solutions akan terus membantu membawa keuntungan dan kemampanan yang lebih besar kepada perniagaan mereka dan pelanggan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

 

NTG

 

Terdahulu Kumpulan Sin Hock Soon memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Scania bagi menambah 30 lagi NTG selepas 33 unit sebelum ini.

 

Pada Majlis itu juga, Heba turut menyerahkan kunci kumpulan pertama penghantaran kepada Pengurus Besar dan Pengarah Kumpulan Sin Hock Soon, Shawn Yew Ee Sheng selain melengkapkan perjanjian bersama IPR&M, Ecolution dan Parts Services.

 

Hadir sama di majlis itu ialah, Pengarah Kumpulan Sin Hock Soon, Tony Yew Poh Aik.

 

NTG

 

Sebanyak 33 buah NTG yang ditempah terdiri daripada 21 unit G410A6x2NZ,  empat unit G460A6x2NZ dan 8 unit G410A6x2NZ (dengan ruang pemandu CG17). 

 

Semua NTG didatangkan dengan Advanced Driver Assistance System standard (ADAS) yang menampilkan Anti-Lock Brake System (ABS) dan Electronic Braking System (EBS)

 

NTG

 

Sementara itu, Tony Yew berkata, pihaknya cuba menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kerana kumpulan itu bergantung penuh kepada rantaian bekalan logistik yang optimum.

 

"Kami mengkaji keperluan logistik pelanggan kami selain berusaha mengurangkan gangguan supaya dapat memberikan perhatian kepada aktiviti pengembangan perniagaan dan perkongsian bersama Scania itu akan meningkatkan kualiti perkhidmatan kami," katanya. - DagangNews.com