LAZEMPOWER perkasa penglibatan wanita golongan B40 dalam ekonomi digital | DagangNews Skip to main content

LAZEMPOWER perkasa penglibatan wanita golongan B40 dalam ekonomi digital

KUALA LUMPUR 7 April - Lazada Malaysia dan Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama bagi memperkasakan usahawan wanita tempatan khusus daripada komuniti B40 untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam ekonomi digital.

 

Menerusi program LAZEMPOWER, usahwan wanita boleh memanfaatkan kelebihan industri e-Dagang dan mengembangkan perniagaan mereka secara dalam talian.

 

Matlamat utama program itu adalah untuk meningkatkan penggunaan digital dalam kalangan wanita selain memupuk minat untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka di platform e-Dagang seperti Lazada.

 

Lazada akan mengadakan tigi siri bengkel LAZEMPOWER yang memberi fokus kepada pengurusan perniagaan, komunikasi digital serta pembangunan peribadi dan ia dijangka memberi manfaat kepada lebih 500 peserta daripada pelbagai oraginasi yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan wanita.


Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Norshahidawati Abdullah berkata, era digital memberi lebih banyak peluang kepada wanita untuk maju dalam perniagaan dan KPWKM sedar mengenai kepentingan mereka dalam menjana ekonomi Malaysia. 

 

"Menerusi kerjasama strategik bersama Lazada Malaysia, kami berharap dapat membantu kaum wanita untuk berjaya sebagai usahawan digital dan pada masa sama memperkasakan kehidupan sebagai ahli komuniti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

lazada

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Magnus Ekbom berkata, wanita memainkan peranan penting dalam membina semula dan mengukuhkan ekonomi tempatan, sama ada sebagai pemilik perniagaan atau sebagai tenaga kerja industri yang lebih luas.

 

lazada

 

"Matlamat kepada inisiatif ini adalah untuk meningkatkan mata pencarian mereka dengan memberikan laluan kepada sumber pendapatan alternatif, supaya mereka boleh membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan digital," katanya.

 

Bersempena pelancaran LAZEMPOWER, lebih 300 peserta menyertai webinar 'Jom Niaga Online', anjuran bersama Lazada Malaysia dan Jabatan Pembangunan Wanita Selangor yang diadakan di Facebook Live pada 24 Mac 2022 sebagai pendedahan awal. - DagangNews.com