Lebih 10 juta individu lengkap dua dos vaksin setakat semalam - Dr Adham | DagangNews Skip to main content

Lebih 10 juta individu lengkap dua dos vaksin setakat semalam - Dr Adham

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Sebanyak 31.1 peratus atau 10,144,199 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. 

 

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,707,566 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 26,851,765 dos.

 

Mengikut peratusan, 71.4% daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama manakala 43.3% telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

 

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 462,860 dos diberikan semalam dengan 162,182 adalah dos pertama manakala 300,678 adalah dos kedua, lapor Bernama.


 

vaksin

 

 

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. - DagangNews.com