Lebih 21 juta rakyat Malaysia divaksin, 21.3% lengkap 2 dos | DagangNews Skip to main content

Lebih 21 juta rakyat Malaysia divaksin, 21.3% lengkap 2 dos

 Wira dan wirawati Malaysia yang bersama menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikan masyarakat selamat dan dilindungi. Sumber gambar JKJAV
Wira dan wirawati Malaysia yang bersama menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikan masyarakat selamat dan dilindungi. Sumber gambar JKJAV.


 

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Kadar vaksinasi COVID-19 secara kumulatif di Malaysia terus meningkat kepada 21.2 juta setakat 1 Ogos 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah tersebut meliputi 14.2 juta penerima vaksin pertama dan lebih 6.9 juta penerima yang telah melengkapkan suntikan dos kedua.

 

.

 

"Aktiviti pengharmonian data mingguan telah dijalankan. Data hari ini telah mengambil kira sepenuhnya pelaporan manual termasuk daripada program jangkau luar komuniti yang dijalankan di seluruh negara," jelas JKJAV dalam satu ciapan di laman Twitter hari ini.

 

Dalam pada itu, peratusan populasi yang divaksin pula meningkat kepada 43.6%, manakala populasi yang telah melengkapkan dua dos suntikan meningkat kepada 21.3%.

 

Lembah Klang yang meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mencatatkan peratusan tertinggi populasi yang telah divaksin iaitu sebanyak 70.8%.

 

Ia disusuli oleh Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Negeri Sembilan dengan peratusan masing-masing sebanyak 65.4%, 61.4% dan 52.3%.

 

Negeri-negeri lain bagaimanapun masih mencatatkan peratusan vaksinasi di bawah 50%.

 

.

 

Bagi kadar vaksinasi golongan dewasa, peratusan menunjukkan peningkatan kepada 60.9%, 29.7% daripada jumlah berkenaan telah mendapatkan dus dos suntikan.

 

Bagi perkembangan vaksinasi harian pula, jumlah pemberian dos semalam menunjukkan sedikit penurunan kepada 480,122 berbanding enam hari sebelumnya yang melebihi 500,000 dos.

 

Jumlah yang dicatatkan semalam terdiri daripada 298,236 pemberian dos pertama dan 181,886 bagi pemberian dos kedua.

 

Selangor mencatatkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi merangkumi 97,688 dos pertama dan 48,556 bagi pemberian dos kedua. - DagangNews.com