Lebih 600 pelajar di Semporna terima sumbangan MYAirportCARES berjumlah RM120,000 | DagangNews Skip to main content

Lebih 600 pelajar di Semporna terima sumbangan MYAirportCARES berjumlah RM120,000

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Julai - Malaysia Airports menerusi inisiatif Program Tanggungjawab Korporat (CR) Malaysia Airports, MYAirportCARES menyumbang pek kelengkapan asas sekolah kepada 628 pelajar daripada komuniti daerah Semporna, Sabah bernilai RM120,000, baru-baru ini. 

 

Inisiatif itu bertujuan untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar dalam mengharungi sesi persekolahan di norma baharu ini. 

 

Terkini, inisiatif MYAirportCares telah menyantuni lebih 4,000 pelajar secara keseluruhan di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara. 

 

Pek merangkumi kelengkapan asas sekolah termasuk pakaian seragam, beg, kasut dan alat tulis serta pelitup muka.

 

Menurut Pengerusi Malaysia Airports, Datuk Seri Diraja Zambry Abd Kadir, sebagai pengendali lapangan terbang utama negara, tanggungjawab mereka bukan sahaja untuk memberi perkhidmatan kepada penumpang dan pengunjung lapangan terbang. 

 

"Kami juga menggalas tanggungjawab sosial yang besar dan dari situlah bermulanya keperluan untuk merangka aktiviti tanggungjawab korporat yang menyeluruh. Ini merupakan antara fokus utama kami untuk menyumbang ke arah kesejahteraan komuniti di sekitar lapangan terbang kami.

 

 

malaysiaairports

 

 

malaysiaairports

 

 

“Inisiatif ini merangkumi seluruh negara, termasuk di Semporna yang mana Malaysia Airports mengendalikan Padang Terbang sebagai kemudahan pengangkutan kepada komuniti setempat. Kami berharap dengan sumbangan ini, pelajar-pelajar di sekitar daerah Semporna lebih bersemangat untuk menimba ilmu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

malaysiaairports

 

 

Sumbangan telah diketuai Pengurus Lapangan Terbang Tawau, Hasbi Said selaku di Dewan Tionghua Semporna yang turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Ibnu Jaani  serta 32 wakil pelajar. - DagangNews.com