Lencongan trafik sementara laluan motosikal di Lebuhraya Shah Alam mulai 14 Disember hingga 15 Januari 2024 | DagangNews Skip to main content

Lencongan trafik sementara laluan motosikal di Lebuhraya Shah Alam mulai 14 Disember hingga 15 Januari 2024

Gambar hiasan
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 14 Dis - Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bagi laluan motosikal ke laluan kecemasan utama di Lebuhraya Shah Alam (LSA) secara berperingkat di kedua-dua arah, mulai hari ini hingga 15 Januari 2024.

 

West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) memaklumkan, pelaksanaan lencongan trafik sementara itu melibatkan lokasi di KM 22.7 - 23.1 dan KM 24.0 - 24.3 (Arah Timur), serta KM 24.3 – 24.0 dan KM 23.1 – 22.9 (Arah Barat).

 

"Pelaksanaan lencongan trafik sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan Persimpangan SAE, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) dijalankan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

 

wce

 

 

Katanya, pengguna LSA dinasihatkan berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja tersebut. - DagangNews.com