Loji Kuasa Kitar Tergabung 9HA.02 peringkat global mula beroperasi hari ini | DagangNews Skip to main content

Loji Kuasa Kitar Tergabung 9HA.02 peringkat global mula beroperasi hari ini

Loji Kuasa Trek 4A

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected] 

 

 

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Loji Kuasa Kitar Tergabung 9HA.02 oleh GE Gas Power (GE) memulakan operasi secara komersial hari ini.

 

Operasi loji peringkat global itu bermula di  Loji Kuasa Trek 4A milik Southern Power Generation (SPG) yang merupakan loji kuasa gas kitar tergabung 1,440 megawatt, terletak di Pasir Gudang, Johor.

 

Pengerusi SPG, Datuk Nor Azman Mufti berkata, pihaknya berbangga dengan kerja keras GE untuk mencapai permulaan operasi komersil julung kali mereka bagi turbin gas 9HA.02 meskipun ketika pandemik COVID-19 melanda.

 

Loji Kuasa Trek 4A

 

"Kami mempunyai hubungan bersama GE sejak sekian lama dan mempercayai teknologi HA mereka akan membantu kami memenuhi permintaan kuasa yang semakin meningkat di samping menyumbang kepada keperluan keselamatan tenaga jangka panjang di Malaysia," katanya dalam majlis pelancaran yang dijalankan secara maya hari ini.

 

Pembinaan loji tersebut dijayakan bersama rakan kongsi EPC Taiwan dan CTCI Corporation (CTCI).

 

Loji berkenaan terdiri daripada dua blok penjana yang mana setiap satunya dilengkapi turbin gas berprestasi tinggi, sebuah turbin stim, sebuah penjana dan sebuah Penjana Wap Pengembalian Haba (Heat Recovery Steam Generator, atau HRSG) dari GE.

 

Loji terbabit mempunyai dua blok penjana aci tunggal, yang setiap satunya dilengkapi turbin gas 9HA.02 dan turbin stim STF-D650, dipandu sebuah penjana W88.

 

Loji Kuasa Trek 4A

 

Loji Kelas H kali ini pertama kali dipasang dengan Penjana Wap Pemulihan Haba Sekali Lalu (Once Through Heat Recovery Steam Generator) GE, serta menghasilkan kecekapan kitar tergabung yang lebih tinggi.

 

Loji tersebut dikawal oleh Sistem Kawalan Loji berintegrasi Mark Vie GE selain dilengkapkan dengan Interfasa Operator tunggal dan alat pencarisilap am.

 

Kakitangan loji boleh mengendalikan loji dengan lebih cekap dan pulih kembali dengan pantas untuk meningkatkan ketersediaan keseluruhan loji andai kata timbul sebarang isu.

 

GE turut menyediakan penyelesaian digital dan perkhidmatan peningkatan loji berspektrum penuh, pemeriksaan utama turbin gas 9HA.02 serta perkhidmatan nasihat teknikal. 

 

Prestasi keseluruhan loji akan dipantau dan ditingkatkan menggunakan perisian Digital’s Predix Asset Performance Management GE, yang mana akan membantu peningkatan kebolehlihatan, kebolehpercayaan, dan ketersediaan sambil mengurangkan kos operasi dan kos penyelenggaraan. 

 

Tambahan lagi, data yang dikumpul dari sensor di seluruh infrastruktur akan dipantau dan dianalisis sepanjang masa di Pusat Pemantauan & Diagnostik (M&D) GE di Kuala Lumpur.

 

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif GE di Asia, Ramesh Singaram berkata,  GE sememangnya layak membantu memenuhi permintaan kuasa yang semakin meningkat di Malaysia hasil lebih 40 tahun pengalaman operasi.

 

Loji Kuasa Trek 4A

 

“Hari ini menandakan satu pencapaian buat flit HA kami, sambil kami meraikan operasi komersil pertama dunia untuk turbin handalan kami di Malaysia.

 

"Kami tidak sabar untuk membantu Southern Power Generation menikmati faedah dari teknologi terkini kami di samping menggabungkan perkhidmatan dan penyelesaian digital serta membantu penghantaran penjanaan kuasa yang lebih dipercayai dan fleksibel buat negara," jelas beliau.

 

Dalam pada itu, Pengerusi CTCI Corporation, Michael Yang berkata, dengan mengambil kesempatan atas pengalaman kami dalam EPC loji kuasa global, CTCI dan CE dengan bangganya telah mencapai lebih 10 juta masa kerja selamat dalam projek itu sekali gus menjadi bukti kepercayaan  pasukan.

 

"Kejayaan bersama kedua-dua syarikat ini juga telah membuka laluan kepada usaha sama terkini lewat tahun 2020 dan telah membantu kami meraih
kontrak EPC berbilion dolar untuk lima unit kuasa gas kitar tergabung di Taiwan," ujarnya.

 

Turbin gas HA GE merupakan turbin gas terbesar dunia dan paling efisien, dengan lebih 100 unit telah ditempah oleh lebih 48 pelanggan dari 20 negara.

 

Flit kelas H generasi kedua GE telah mengumpul sejumlah 850,000 jam operasi pengalaman komersil sehingga Januari 2021.

 

Bagi mengurangkan lagi kuasa gas menggunakan pengeluaran karbon, portfolio turbin gas Kelas H GE terkini berkeupayaan membakar sehingga 50% isipadu hidrogen apabila dicampur gas asli. - DagangNews.com