Lori rosak punca kesesakan 20 km di laluan Kuala Kangsar-Changkat Jering berjaya dialihkan | DagangNews Skip to main content

Lori rosak punca kesesakan 20 km di laluan Kuala Kangsar-Changkat Jering berjaya dialihkan

KUALA LUMPUR 26 Mac - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menzahirkan kekesalan selepas pelanggan lebuh raya mereka terperangkap dalam kesesakan sepanjang 20 kilometer di laluan Kuala Kangsar-Changkat Jering akibat sebuah treler kehabisan minyak serta kerosakan enjin.

 

PLUS dalam satu kenyataan berkata, insiden itu berpunca daripada sebuah treler yang terkandas di lorong perlahan laluan mendaki KM231.9 di Lebuhraya Utara-Selatan.

 

"Insiden tersebut bagaimanapun berjaya diselesaikan kira-kira 2.30 petang dengan kenderaan itu dialihkan ke tempat letak kenderaan kecemasan berhampiran.

 

"Pada masa yang sama, PLUS juga sedang merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tindakan yang sewajarnya," katanya.

 

Sepanjang insiden tersebut, maklumat trafik telah disalurkan secara beterusan kepada pelanggan lebuh raya menerusi papan tanda elektronik di lokasi strategik serta Twitter PLUSTrafik. 

 

Pelanggan yang menghala ke utara turut disarahkan supaya keluar dari lebuhraya menerusi Plaza Tol Kuala Kangsar sebelum masuk semula menerusi Plaza 
Tol Changkat Jering. 

 

lori

 

lori

 

Pasukan operasi lebuhraya PLUS turut berada di lokasi dan mendapat kerjasama pihak berkuasa dalam menguruskan insiden terbabit. - DagangNews.com