PETALING JAYA 14 Nov - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengutamakan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek tersebut.
Sehubungan itu, bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar, lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Tapah dan Bidor di KM329.65 hingga KM330.10 (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama 5 hari kepada semua kenderaan mulai jam 9:00 pagi, 15 November (Isnin) sehingga Jumaat, 19 November 2021 jam 12:30 tengah hari akan datang.
Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan.
Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.
Pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.
PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan. - DagangNews.com