Lotte Chemical Titan dijangka catat kerugian antara RM150 juta hingga RM200 juta pada suku ketiga 2023, kata Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Lotte Chemical Titan dijangka catat kerugian antara RM150 juta hingga RM200 juta pada suku ketiga 2023, kata Maybank IB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Okt - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menjangkakan Lotte Chemical Titan Holding Berhad mencatatkan kerugian bagi suku ketiga 2023 antara RM150 juta hingga RM200 juta, kesan penurunan 3% hingga 5% dalam harga polimer dan pengurangan ketara dalam input harga nafta sebanyak 17%.

 

Mereka menganggarkan harga polimer menjadi lebih rendah pada suku tahun sebanyak 3% hingga 5% pada suku ketiga tahun ini dengan harga input nafta merosot 17% sepanjang suku tersebut.

 

"Ia bermakna kumpulan itu perlu mencatatkan pengurangan kos yang ketara walaupun jangkaan purata harga jualan (ASP) yang lebih rendah pada suku ketiga.

 

"Anggaran kerugian teras suku ketiga kami menunjukkan bahawa kerugian terkumpul untuk sembilan bulan 2023 akan berkisar antara RM651 juta hingga RM701 juta yang membentuk kira-kira 65% hingga 70% daripada ramalan setahun penuh FY23 kami yang disemak semula," katanya dalam satu nota kajian hari ini. 

 

Maybank IB berkata, anggaran kerugian teras bagi bagi suku tiga tahun ini merangkumi kira-kira 65% hingga 70% daripada semakan penuh firma penyelidikan itu. 

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "jual" ke atas Lotte Chemical Titan, dengan harga sasaran (TP) yang lebih rendah sebanyak 84 sen berbanding RM1.01 sesaham sebelum ini.

 

Mereka menambah bahawa telah menyusun semula unjuran kewangan kumpulan itu dengan memperkenalkan unjuran pendapatan RM1 bilion bagi FY23 (sebelum ini RM833 juta), RM701 juta untuk FY24 (sebelum ini RM104 juta), dan RM176 juta untuk FY25 (sebelum ini RM154 juta).

 

"Walaupun harga polimer kekal stabil, secara berkesan mengehadkan potensi kenaikan ASP sepanjang suku tersebut, Lotte Chemical Titan dijangka bergelut untuk mengimbangi peningkatan kos input nafta, dengan harga dilihat kekal tinggi.

 

"Oleh itu, kerugian bersih kumpulan itu dijangka meningkat semula padasuku keempat dengan kumpulan itu dilihat menghadapi cabaran dalam suku tahun hadapan," katanya. - DagangNews.com