Luno melancarkan fungsi Stake pertama di Malaysia, bermula dengan Ethereum | DagangNews Skip to main content

Luno melancarkan fungsi Stake pertama di Malaysia, bermula dengan Ethereum

Apabila pelanggan menjadikan mata wang kripto mereka sebagai Stake, koin tidak boleh dijual atau dihantar. - Gambar Art Rachen
oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 26 Jan – Luno, bursa aset digital dikawal selia di Malaysia, melancarkan fungsi Stake bagi Ethereum, kaedah mudah dan selamat untuk pelanggan menerima ganjaran ETH mingguan, dengan hanya membantu integriti rangkaian.

 

Fungsi Stake pada aplikasi Luno akan dilancarkan di Malaysia, dengan permulaan sokongan terhadap Ethereum. Pelanggan hanya perlu mencipta dompet Staking dan boleh menerima sehingga 4%* setahun dalam bentuk ETH hanya dengan menyimpan (HODL dalam slanga kripto) ETH.

 

Kadar ganjaran ini boleh turun naik bergantung kepada permintaan rangkaian, serta jumlah pengesah aktif. Ganjaran akan diberikan secara mingguan, oleh itu anda boleh mengembangkan Stake anda dengan automatik, serta melalui ganjaran kompaun.”

 

Melalui fungsi Stake, ganjaran akan diberikan dalam bentuk kripto dan ia akan turut mengembangkan simpanan kripto pelanggan.

 

Apabila pelanggan menjadikan mata wang kripto mereka sebagai Stake, koin tidak boleh dijual atau dihantar, namun
mereka boleh “menarik Stake” pada bila-bila masa dan mengeluarkan koin mereka daripada dompet Staking.


 

luno

 


Pengurus Negara di Luno Malaysia, Scarlett Chai berkata, pihaknya mempunyai misi untuk terus menambah baik produk dan pihaknya teruja untuk menjadi bursa yang dikawal selia pertama yang menawarkan fungsi Stake kepada pelanggan di Malaysia.

 

“Luno sentiasa mempunyai fokus untuk menjadikan pembelian, penjualan dan penyimpanan kripto selamat dan mudah. Sebagai pembimbing kripto yang dipercayai, kami menjadikan proses ini semudah menekan satu butang pada aplikasi Luno untuk membuka dompet Staking.

 

"Terdapat deposit minimum sebanyak 0.00001 ETH atau RM1. Perkhidmatan ini akan menarik minat pelanggan yang ingin menyimpan ETH untuk jangka masa panjang,” tambah Chai.

 

Malaysia ialah negara kedua bagi Luno, selepas Afrika Selatan, yang melancarkan fungsi Stake kepada pelanggan-pelanggannya.

 

Luno kekal komited untuk memacu penerimaan kripto dengan terus melakukan inovasi dan memperkenalkan fungsi-fungsi serta produk baru dengan pemberatan terhadap keselamatan pelabur dan pengalaman pelanggan.


 

Luno Malaysia, Scarlett Chai 
                     Scarlett Chai 

 


Apakah fungsi Stake?

Fungsi Stake ialah satu daripada kaedah untuk menjana ganjaran dari kripto dengan membantu mengesahkan transaksi mata wang kripto.

 

Anda boleh menjadikan mata wang kripto anda sebagai Stake pada projek yang menggunakan mekanisme konsensus Proof-of-Stake untuk memproses transaksi seperti Ethereum.

 

Mekanisme konsensus Proof-of-Stake memerlukan peserta meletakkan mata wang kripto mereka pada rangkaian untuk membantu memastikan keselamatan rangkaian mata wang kripto tersebut.

 

Untuk membolehkan transaksi disahkan dan menerima ganjaran, anda perlu meletakkan sejumlah mata wang kripto sebelum anda boleh menyertai fungsi ini.

 

Perletakan sejumlah mata wang kripto ini bertindak sebagai deposit yang efisyen untuk memastikan anda mengesahkan transaksi yang betul.

 

Jika anda melakukannya dengan betul, anda akan menerima ganjaran. Jika anda mengesahkan data yang salah
atau tidak sah, anda mungkin akan kehilangan Stake anda sebagai penalti.

 

Namun kami berusaha untuk mengurangkan risiko ini dengan bekerjasama dengan penyedia pengesah dipercayai bersama penggunaan pemantauan, failsafe serta perlindungan bertaraf industri.

 

Apakah ganjaran yang diterima?

Luno akan menawarkan peratus ganjaran tahunan sehingga 4% setahun pada Ethereum yang dijadikan Stake, dalam bentuk Ethereum, namun angka ini bergantung pada keadaan rangkaian.

 

Ganjaran akan diberikan pada setiap minggu. Luno tidak mengenakan caj terhadap mata wang kripto yang dijadikan Stake atau penarikan Stake, namun terdapat caj perkhidmatan fungsi Stake yang akan ditolak daripada ganjaran yang diterima oleh pelanggan.

 

Fungsi Stake melalui Luno akan mengeluarkan halangan kewangan dan teknikal untuk penyertaan individu-individu biasa yang mencari kaedah menerima ganjaran dari fungsi Stake serendah 0.00001 ETH or RM1.

 

Pelanggan boleh menerima ganjaran kripto tanpa memerlukan pengetahuan teknikal untuk menyertai fungsi Stake di Luno.

 

“Sebelum melabur dalam sebarang mata wang kripto, kami mengesyorkan pelanggan untuk sentiasa membuat kajian mereka sendiri dan melakukan keputusan termaklum.

 

Dengan penambahan fungsi Stake, kami memberikan peluang kepada pelanggan untuk meneroka apa yang ditawarkan oleh kripto, dan untuk terus menerajui kebolehcapaian pelaburan kripto kepada semua penduduk di Malaysia,” menurut Chai.

 

Selain dari pelancaran fungsi Stake bagi ETH, Luno juga akan melancarkan fungsi Stake bagi Cardano dalam beberapa minggu seterusnya. - DagangNews.com