MAGGI® lancar dua produk untuk penggemar makanan pedas | DagangNews Skip to main content

MAGGI® lancar dua produk untuk penggemar makanan pedas

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 4 Ogos - ‘Sah Malaysia’!

MAGGI® menjanjikan ungkapan itu pasti akan keluar daripada setiap pembeli yang menikmati dua produk terbaharunya, Mi Goreng Sambal Tumis Bilis dan Mi Goreng Cili ala Kampung.

Bagi meraikan cita rasa kegemaran rakyat Malaysia terhadap makanan berperisa pedas, Mi Goreng Sambal Tumis Bilis merangkumi perisa sambal ikan bilis yang aromatik, pedas dan enak.

 

maggi sambal tumis
Mi Goreng Sambal Tumis Bilis

 

Diperbuat daripada bahan-bahan segar seperti bawang putih, bawang, cili dan ikan bilis, bahan-bahan ini dimasak dengan menggunakan teknik 'pecah minyak' untuk memberikan perisa sambal gurih terbaik yang pasti membuatkan anda teringat-ingat,” kata MAGGI® menerusi kenyataannya.

 

maggi cili ala kampung
Mi Goreng Cili ala Kampung

 

Rasa kemanisan yang dipadankan dengan perisa pedas, Mi Goreng Cili ala Kampung dilengkapi dengan mi kenyal yang diperbuat daripada gandum dari Australia, dan dihias dengan bawang merah goreng yang beraroma.

MAGGI® menjanjikan kepuasan yang sepenuhnya dengan setiap gigitan dan mi itu boleh siap disediakan dalam hanya 3 minit.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, sebagai jenama isi rumah yang dipercayai di Malaysia, pihaknya ingin mencipta rasa Malaysia yang asli buatan rakyat tempatan.

 

Geetha
Geetha Balakrishna

 

"Makanan adalah sangat sinonim dengan negara Malaysia dan merupakan sebahagian yang penting dalam budaya kita.

“Rakyat Malaysia amat bersemangat dalam pencarian hidangan tempatan yang paling asli di mana mereka akan mencuba serta mengesyorkannya kepada rakan-rakan,” kata beliau dalam kenyataan sama.

Kedua-dua MAGGI® Mi Goreng Sambal Tumis Bilis dan MAGGI® Mi Goreng Cili ala Kampung boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya tempatan, pasar mini, kedai serbaneka dan di kedai rasmi Nestlé di laman Lazada dan Shopee. - DagangNews.com