Mah Sing jadi tumpuan 4 analisis dalam sektor hartanah | DagangNews Skip to main content

Mah Sing jadi tumpuan 4 analisis dalam sektor hartanah

Mah Sing

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Syarikat pemaju hartanah, Kumpulan Mah Sing Berhad (Mah Sing) menjadi tumpuan kepada empat analisis semasa dalam sektor hartanah tempatan.

Keempat-empat analisis tersebut ialah CGS-CIMB Research, MIDF Research, RHB Research dan UBS Global Research.

Belanjawan 2021 mengumumkan pengecualian penuh duit setem hingga RM500,000 untuk membantu pembeli rumah pertama.

CGS-CIMB Research berkata, pengecualian penuh itu akan membantu pembeli rumah pertama dalam aspek penjimatan Memorandum Pemindahan hingga RM9,000 berbanding hanya RM5,000 pada sebelumnya.

Ia juga membantu dalam aspek simpanan maksimum duti setem hingga RM2,500 berbanding RM1,5000 pada sebelumnya.

"Kami mengharap pemaju dapat menawarkan kadar harga yang berpatutan seperti Mah Sing (Tambah, TP RM1.35) untuk memanfaatkan inisiatif belanjawan berkenaan," jelas CGS-CIMB Research.

Sementara itu, Mah Sing juga dilihat mempunyai potensi besar dalam sektor hartanah.

Perkara itu dinilai MIDF Research selepas melihat potensi syarikat itu untuk menjadi pilihan orang ramai.

"Kami meletakkan saranan 'beli' saham Mah Sing dengan harga sasaran sesaham (TP) sebanyak RM1.10 kerana syarikat itu mempunyai banyak pendedahan terhadap sektor hartanah di samping harga yang berpatutan.

"Pengecualian duti setem adalah berita positif kepada sektor hartanah kerana akan menarik lebih ramai pembeli khususnya untuk pembelian rumah pertama.

Pilihan pisitif kepada Mah Sing turut diserlahkan oleh RHB Research kerana syarikat tersebut adalah antara pemaju yang berani meroka perniagaan baharu berkaitan penjagaan kesihatan.

Meskipun menurunkan penarafan hartanah kepada 'neutral', Mah Sing tetap menjadi pilihan RHB Research dalam sektor berkenaan dengan saranan 'beli' sahamnya pada harga TP bernilai RM1.28.

Dalam pada itu, UBS Global Research yang turut meletakkan Mah Sing dalam pilihannya memberitahu, syarikat tersebut mempunyai fokus yang lebih besar dengan peruntukan 51% daripada sasaran jualan 2020 adalah melibatkan penjualan rumah pada harga di bawah RM500,000. - DagangNews.com