Mahkamah Tinggi batalkan keputusan Mahkamah Sesyen, memihak kepada platform mata wang kripto Luno | DagangNews Skip to main content

Mahkamah Tinggi batalkan keputusan Mahkamah Sesyen, memihak kepada platform mata wang kripto Luno

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 29 Julai - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang memberikan kira-kira RM700,000 kepada seorang ahli perniagaan, yang telah memfailkan saman terhadap Luno Malaysia Sdn Bhd (Luno) kerana gagal melindungi mata wang kripto dalam syarikat Luno miliknya, tahun lepas.

 

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hazizah Kassim telah mengubah keputusan yang menyatakan bahawa tiada kecacatan keselamatan di pihak Luno yang menyebabkan ahli perniagaan itu kerugian RM600,000 daripada akaun Luno miliknya.

 

Mahkamah Sesyen tahun lepas menganugerahkan Yew See Tak kira-kira RM700,000 selepas mendapati Luno cuai.

 

Dalam saman kecuaian yang difailkan oleh Yew, dia mendakwa telah kehilangan kira-kira RM600,000 dalam mata wang kripto selepas akaun Lunonya digodam, dan menganggap platform itu bertanggungjawab kerana gagal melindungi pegangannya.

 

Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Sazlina Safie berkata Yew telah membuktikan tuntutannya terhadap Luno berdasarkan imbangan kebarangkalian.

 

Mahkamah memutuskan Luno cuai dan menganugerahkan Yew RM597,920.05, berserta tambahan RM100,000 sebagai ganti rugi teladan.

 

 

parafrasa

 

 

Bagaimanapun, Hazizah berbeza pendapat dengan Mahkamah Sesyen. Dia berkata bahawa hakim mahkamah sesyen dalam keputusannya telah mengenakan standard penjagaan dan kewajipan yang tinggi kepada Luno dengan bukti yang tidak mencukupi.

 

Hazizah kemudiannya menganugerahkan kos RM10,000 kepada Luno.

 

Yew diwakili oleh Ong Yu Jian, Joshua Ho dan Hanani Azamuddin. Ong memberitahu The Edge bahawa "kemungkinan besar" anak guamnya akan merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

 

Luno diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti. - DagangNews.com