Malaysia catat hampir 20,000 kes COVID-19 hari ini, 5 negeri melebihi 1,000 | DagangNews Skip to main content

Malaysia catat hampir 20,000 kes COVID-19 hari ini, 5 negeri melebihi 1,000

COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Penularan pandemik COVID-19 terus mengancam Malaysia dengan jumlah jangkitan harian tertinggi sebanyak 19,819 kes hari ini.

 

Jumlah berkenaan sekali gus mengatasi jumlah tertinggi sebelumnya iaitu 17,786 kes yang dicatatkan pada 31 Julai 2021.

 

Menurut ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twitternya hari ini, sebanyak lima buah negeri mencatatkan kes jangkitan melebihi paras 1,000 iaitu Selangor (8,377), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2,467), Johor (1,162), Kedah (1,371) dan Kelantan (1,003).

 

.

 

Selangor hari ini mencatatkan peningkatan ketara berbanding 5,836 kes semalam sekali gus menjadi negeri tertinggi yang mencatatkan jumlah jangkitan kes berkenaan.

 

Hingga kini, Selangor merekodkan kes keseluruhan sebanyak 434,025.

 

.

 

Sabah (949 kes), Sarawak (552 kes), Negeri Sembilan (800 kes), Pulau Pinang (867 kes), Perak (662 kes), Melaka (508 kes) dan Pahang (558 kes).

 

Sementara itu, Terengganu (481 kes), Labuan (5 kes), Putrajaya (46 kes) dan Perlis (11 kes).

 

Hingga kini, Malaysia mencatatkan jumlah jangkitan kes keseluruhan sebanyak 1,183,110 kes. - DagangNews.com