Malaysia sertai Eksesais Bersama Lima 2023 dengan Britain, Australia, New Zealand dan Singapura | DagangNews Skip to main content

Malaysia sertai Eksesais Bersama Lima 2023 dengan Britain, Australia, New Zealand dan Singapura

Eksesais Bersama Lima 2023 melibatkan aset-aset laut, udara dan darat.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 3 Okt - Malaysia bersama tentera empat negara dalam Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) akan menjayakan latihan gabungan yang merupakan platform dalam kerjasama pertahanan.

 

Negara lain dalam FPDA ini ialah Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

 

Eksesais Bersama Lima 2023 dilaksanakan secara latihan medan (FTX) melibatkan sebahagian kawasan perairan, darat, udara Semenanjung Malaysia dan Singapura.

 

Ia termasuk kawasan perairan serta udara Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di Laut China Selatan.

 

Latihan
Kerjasama pertahanan antara negara-negara FPDA relevan dengan situasi keselamatan serantau.

 

Eksesais ini dilaksanakan setiap tahun secara bergilir oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

 

Objektifnya untuk melatih keupayaan pasukan pertahanan FPDA dalam mengatur-gerak, merancang dan menjalankan operasi pada peringkat Gabungan Pasukan Bertindak (Combined Joint Task Force).

 

Ia juga mengkhususkan kepada integrasi taktikal gabungan dan bersama pada persekitaran pelbagai ancaman.

 

Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat aset-aset tentera negara-negara FPDA beroperasi di kawasan latihan sepanjang tempoh eksesais berlangsung.

 

Aset

 

Ditubuhkan pada tahun 1971, FPDA telah berkembang sebagai satu platform kerjasama pertahanan yang sentiasa relevan dengan perkembangan keselamatan serantau yang semakin kompleks.

 

Selain Eksesais Bersama Lima, ATM juga menyertai latihan FPDA seperti Eksesais Suman Warrior dan Latihan Bersama Shield. 

 

Latihan,-latihan ini penting untuk memudahkan perkongsian pengetahuan dan meningkatkan saling operasi antara pasukan pertahanan FPDA.

 

Kompeni
Sebahagian daripada anggota Batalion 24 RAMD yang akan terlibat dalam Eksesais Bersama Lima 2023.

 

Melalui latihan in juga, selain pertukaran profesional, pegawai dan anggota ATM dapat i berinteraksi dengan rakan tentera FPDA yang lain.

 

Ini mengukuhkan hubungan pelbagai hala yang kukuh antara negara-negara yang akan terus dipupuk melalui latihan tersebut.- DagangNews.com